ARTIKEL

50 peratus kebakaran berpunca dari dapur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Kejadian kebakaran di rumah panjang boleh dicegah jika penghuni bertindak awal memadam kebakaran.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerosakan harta benda akibat kebakaran rumah panjang menyebabkan kerugian yang amat besar.

Katanya, berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 50 peratus kebakaran berpunca daripada api dapur.

Justeru itu, kata Uggah, JBPM bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mendidik penghuni rumah panjang mengenai pencegahan kebakaran dan membuat pemeriksaan pada alat pemadam api.

“Kerjasama ini meliputi penubuhan pasukan tindakan kecemasan komuniti di rumah panjang yang merupakan barisan hadapan dalam menangani kecemasan seperti kebakaran.

“Fungsi pasukan ini mendidik serta menasihat penghuni mengenai pencegahan kebakaran kepada sebagai awal sebelum anggota bomba tiba,” katanya pada sidang media di Akedemi Bomba dan Penyelamat Wilayah Sarawak semalam.

Uggah menambah, selain mencegah kebakaran awal pasukan kecemasan tersebut juga boleh membantu memindahkan mangsa-mangsa semasa banjir sebelum ketibaan agensi penyelamat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kerajaan Sarawak akan membantu JBPM dalam penyediaan kemudahan bagi kawasan yang jauh daripada liputan bomba.

Selain itu, kata Uggah, wakilwakil rakyat turut membantu dalam menyumbangkan alat pemadam api ke rumah panjang sebagai pencegahan awal.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, perkembangan unit udara seperti helikopter merupakan keperluan ,mendesak bagi wilayah Malaysia Timur. Katanya, ia merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk menggantikan unit udara yang lama dan uzur.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.