ARTIKEL

50 tahun M’sia-China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HUBUNGAN diplomatik Malaysia-China mencapai jubli emasnya pada 2024. Bermula 31 Mei 1974, Malaysia-China mula akrab dan menjadi negara Asean pertama menghulurkan persahabatan dengan Beijing.

Perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak membuka lembaran sejarah, menjenguk Beijing, disifatkan sebagai tindakan berwawasan – menyemai benih persefahaman kedua-dua negara.

Keakraban Malaysia-China terus berkembang ketara didorong pelbagai faktor termasuk perdagangan dan ekonomi, pelaburan, pembangunan infrastruktur, hubungan diplomatik dan geopolitik yang dinamik serta pertukaran budaya dan pendidikan.

Faktor ekonomi khususnya, menjadikan hubungan dua hala Malaysia-China kekal mesra selain faktor kepentingan serantau. Menurut pakar, hubungan dua hala kedua-dua negara semakin dinamik pada era pemerintahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Malaysia menarik balik sekatan perjalanan pada 1985.

Hal tersebut memudahkan penglibatan dan interaksi rakyat kedua-dua negara. Situasi ini sekali gus menggalakkan ikatan mengukuhkan asas hubungan dua hala melibatkan budaya dan ekonomi.

HUBUNGAN KUKUH

Menurut Presiden Centre For New Inclusive Asia, Prof Koh King Kee, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang, Putrajaya terus membina hubungan kukuh dengan Beijing.

Anwar sendiri melawat China dua kali dalam tempoh memegang jawatan sejak November 2022.

Keadaan ini menggambarkan betapa pentingnya China di mata Malaysia, khususnya berkaitan zon Aman, Bebas dan Berkecuali serta melibatkan pendirian berkaitan pandangan politik global.

Menerusi Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang berusia 40 tahun, merangkumi China, membuktikan komitmen Anwar memacu hubungan MalaysiaChina ke tahap lebih tinggi.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Senator Lu Cheng Chuan pula, “hubungan Malaysia-China berada pada tahap terbaik dalam sejarah”.

Menjelang 2024, ACCCIM menjadi hos Persidangan Usahawan Cina Sedunia ke-17 di Kuala Lumpur, September ini, menjadi pentas antarabangsa memberi tumpuan kepada usahawan Cina global yang memainkan peranan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.

Ternyata berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan Sutera China, Malaysia memandang inisiatif tersebut sebagai rangsangan besar untuk pelaburan dari China.

Menjadi lazim, tidak semua hubungan diisi hal muluk, dalam hubungan diplomatik kekal stabil dan mesra, Malaysia-China turut berdepan cabaran, khususnya berkaitan isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

BIJAKSANA

Betapa, hubungan yang matang, menjadikan kedua-dua negara mendepani isu tersebut penuh bijaksana.

Seperti dikatakan tadi, dalam persaingan sosiopolitik dan zon politik global, khususnya melibatkan persaingan strategik AS-China di “medan” Laut China Selatan, Malaysia sendiri turut bertindak “umpama menarik rambut dalam tepung”.

Hal ini penting demi mengelak berkonflik dengan AS, pada masa yang sama mengelak bertelagah dengan China.

Tidak mahu hal ini menjadi faktor gangguan dalam hubungan dua hala, MalaysiaChina terus mengadakan dialog dan rundingan mendapatkan kesefahaman yang jauh lebih penting dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Sangat penting menjaga kedaulatan dan pada yang sama betapa pentingnya memelihara kestabilan serantau dalam berdepan isu geografi yang rencam.

Semua faktor di atas, untuk sekian lama, sejak 14 tahun lalu, menjadikan China rakan dagangan terbesar Malaysia.

Perdagangan dua hala Malaysia-China daripada AS$388 juta pada 1985, mencecah rekod tertinggi AS$203.6 bilion (RM960.48 bilion) pada 2022, meningkat lebih 500 peratus dalam tempoh 37 tahun.

Manakala, pelaburan China di Malaysia berjumlah AS$12.5 bilion (RM60 bilion), menyumbang 33.9 peratus daripada jumlah Pelaburan Langsung Asing Malaysia (FDI) pada tahun yang sama.

Terkini, pada 2023, bagi tempoh sembilan bulan pertama, dagangan dengan China dicatatkan sebanyak RM410.01 bilion, dengan eksport RM174.55 bilion.

Ini melibatkan penghantaran produk elektronik dan elektrik (E&E), minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta sebagai produk besi dan keluli.

MASA DEPAN

Sementara itu, dari segi pelaksanaan langkah pengecualian visa bersama antara kedua-dua negara, memudahkan pertukaran dan pergerakan rakyat, selain meningkatkan perkongsian strategik komprehensif kepada komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik kedua-dua negara, Malaysia dan China melancarkan logo khas.

Logo mempamerkan angka 50 melambangkan hubungan 50 tahun dua hala kedua-dua negara diilhamkan daripada lukisan batik Malaysia yang melambangkan hubungan erat dan kukuh keduadua negara.

Tentunya Malaysia berharap lebih banyak penglibatan membina dengan China termasuk mempromosi dan meningkatkan hubungan rakyat dengan rakyat.

Kini hubungan Kuala LumpurBeijing terus berkembang, mencerminkan persahabatan yang berkekalan dan saling menghormati.

Mengekalkan nilai perpaduan dan kerjasama Asia, ternyata China sendiri sedia bekerjasama dengan Malaysia dan negara Asean lain dalam misi membina Asia menjadi tempat yang aman, selamat dan terjamin, makmur, indah dan mesra untuk semua.

China sendiri mahu mempertahankan multilateralisme, menjaga kepentingan bersama negara serantau dan memberi sumbangan lebih besar kepada penambahbaikan sistem tadbir urus global.

LAIN-LAIN BERITA

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

BERITA TERBARU

Mesyuarat mingguan hingga 20 Mac selesai isu padi, beras

KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu

Sumbangan Tun Taib kepada Mukah diingati sepanjang zaman

MUKAH: Sumbangan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam memajukan Mukah akan diingati sepanjang masa, kata Penghulu Ahmad Mahmud Jakriah. “Allahyarham membawa pembangunan fizikal untuk

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat