500 orang sertai gotong royong cegah denggi

BINTULU: Kira – kira 500 orang menyertai program Gotong Royong Perdana sempena Kempen Cegah Denggi anjuran Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu,di sini.

Lebih membanggakan program tersebut bukan sahaja disertai ibu bapa, malah turut melibatkan penyertaan syarikat luar, iaitu Press Metal Samalaju yang turut menjalankan Tanggungjawab Sosial Koprat( CSR ) syarikat terbabit.

Ditemui selepas Gotong Royong Perdana tersebut, Guru Besar SK Tanjung Batu, Togang Sedin menzahirkan penghargaan terhadap penglibatan pelbagai pihak dalam menjayakan aktiviti tersebut yang beliau disifatkan amat memberansangkan.

Malah katanya, pihak Press Metal turut menyediakan kelengkapan untuk kerja – kerja gotong royong termasuk tenaga kerja seramai 32 orang.

Harapan saya program seperti ini tidak terhenti di sini bukan kerana kita menyertai mana-mana pertandingan tetapi ia timbul daripada kesedaran kita utk mewujudkan masyarakat yang sejahtera, bebas daripada masalah yang boleh kita atasi seperti nyamuk aedes, katanya.

UNTUK ALBUM.. Peserta program Gotong Royong Perdana bergambar beramai ramai.

Selain membersihkan kawasan sekolah, Togang berkata kerja – kerja menceriakan tapak perhimpunan turut dilakukan oleh perserta gotong – royong.

Membersihkan kawasan longkang merupakan langkah utama bagi memastikan tiada longkang yang tersumbat sekaligus menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes, katanya lagi.

Sementara itu, pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan, Sandra Tutong berpuas hati dengan penyertaan ibubapa dalam gotong royong tersebut.

Beliau berharap kerjasama seperti itu bukan hanya terhenti di situ, tetapi, pihak terbabit diharap terus menyokong segala aktiviti yang dijalankan pihak sekolah di masa-masa akan datang.

Sebelum aktiviti gotong royong bermula,para peserta terlebih dahulu mengikuti acara senamaerobik yang bertujuan menyemai amalan gaya hidup sihat dan ceria yang diketuai guru – guru SK Tanjung Batu.

Manakala pelajar – pelajar yang merupakan skuad Denggi Patrol turut menjalankan persembahan khas mereka.

Menerusi program “ Dengue Patrol ” SK Tanjung Batu bakal menganjurkan “ Dengue RUN 2019 ” di Paragon Bintulu pada 24 Ogos kelak.

JAGA KEBERSIHAN.. Sebahagian peserta mengangkat kerusi dan meja dalam program Gotong Royong Perdana SK Tanjung Batu.

Suara Sarawak