ARTIKEL

500 pelajar SMK Kuching High terima anugerah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Chiew berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang SMK Kuching High, semalam.

 

KUCHING: Sekitar 500 pelajar SMK Kuching High yang cemerlang dalam aktiviti sukan dan kokurikulum menerima anugerah kecemerlangan masing-masing, hari ini.

Selain itu, lebih 100 guru dan jurulatih turut diberikan sijil sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

Presiden Persatuan Teochew Kuching Vincent Chiew dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang pelajar sekolah terbabit, yang nyata seimbang daripada kedua-dua sudut akademik dan sukan.

“Kejayaan mereka dapat menguasai pelajaran dengan cemerlang, dalam masa yang sama berjaya dalam bidang sukan menjadikan mereka semua individu yang serba lengkap.

Chiew (dua kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan pengetua SMK Kuching High Tan Kiang Tuang

“Saya amat berbangga kerana SMK Kuching High sentiasa dapat melahirkan bakat dalam sukan mahupun aktiviti luar sekolah sehingga mampu mewakili sekolah, daerah mahupun Sarawak.

“Saya tahu bukan mudah untuk pelajar menjadi cemerlang dalam akademik dan aktiviti kokurikulum, jadi kata-kata galakan saya ialah sentiasa lakukan yang terbaik, jangan putus asa, sentiasa bekerja keras dan cuba perbaiki diri sendiri’,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang di SMK Kuching High, hari ini.

Chiew turut mengingatkan mereka supaya bersyukur dengan segala usaha dan jasa yang dilakukan oleh pengetua, guru dan jurulatih mereka.

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memenangi anugerah masing-masing.

“Diharap pencapaian ini akan terus menjadi pembakar semangat untuk anda terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan,” tambahnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU