500 petugas kesihatan dikerah bantu Sarawak

KUCHING: Kira-kira 500 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dimobilisasi ke Sarawak dalam masa terdekat bagi membantu negeri mengekang peningkatan kes Covid-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, kerahan itu melibatkan doktor, jururawat, pembantu perubatan, pegawai makmal dan radiologi supaya dapat melakukan ujian pantas di lapangan.

“Apabila kita melakukan pengesanan kontak di kawasan pedalaman tempat wabak itu tercetus, kita memerlukan ramai kakitangan untuk membuat aktiviti saringan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Perpaduan di sini semalam.

Sementara itu mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt) di Sarawak, Dr Adham berkata, pada Selasa ia meningkat kepada 1.1 berbanding 1.08 pada semalam.

“Untuk Sarawak, kita memberi jaminan memandangkan Rt 1.1, bermakna untuk Fasa Kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (pengagihan vaksin) perlu diberi pertimbangan yang lebih serius bagi melindungi semua rakyat,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Apr 2021

Suara Sarawak