5,000 masyarakat Kanowit hadiri pelancaran Jerayawara GPS

KANOWIT: Kira-kira 5,000 masyarakat Kanowit dan sekitarnya menghadiri pelancaran Jerayawara Gabungan Parti Sarawak(GPS) Zon 11B Kanowit bertempat di perkarangan Pasar Baru, di sini.

Ketibaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disambut meriah masyarakat pelbagai kaum yang sama-sama mengibar bendera GPS diikuti laungan ‘Utamakan Sarawak, Sarawak First.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri James Jemut Masing yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak, presiden Parti Demokratik Progresif Datuk Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Kanowit merangkap pengerusi GPS Kanowit Zon 11B Datuk Aaron Dagang hadir sama.