500,000 topeng muka ke sekolah

SERIAN: Kerajaan Persekutuan menghantar 500,000 topeng muka ke Kuching pada tengah hari ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Jelasnya, topeng itu akan digunakan oleh pelajar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku selain mempertingkatkan tahap kesihatan.

Berkenaan dengan penutupan sekolah Uggah menjelaskan, ia terpulang kepada guru besar atau pengetua untuk membuat keputusan bagi membuat keputusan.

“Mengikut SOP, sekolah akan diarah tutup jika IPU mencecah bacaan 200 ke atas mengikut budi bicara sekolah kerana ia berbahaya kepada kesihatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah peringkat Negeri Sarawak berlangsung di Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Serian, ini.

Uggah turut menjelaskan, operasi pembenihan awan dijangka dilakukan Khamis ini dan masa pembenihan awan bergantung kepada keadaan awan di kawasan terjejas.

“Ini terutamanya di kawasan Kuching dan Sri Aman. Kita akan melihat kepada arah tiupan angin dan cuaca, operasi tersebut hanya boleh dilakukan seawal 12 September,” katanya.

Suara Sarawak