ARTIKEL

503 pegawai, anggota IPD Kuching terima vaksin penggalak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 503 pegawai dan anggota polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima vaksin penggalak di Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, program selama dua hari bermula semalam (3 November) merupakan peringkat pertama vaksin penggalak jenis Pfizer untuk anggota dan juga pengawai IPD Kuching.

“Setakat ini hanya 503 orang yang boleh menerima vaksin penggalak daripada jumlah keseluruhan pegawai dan anggota IPD Kuching seramai 983 orang.

“Ini berikutan terdapat segelintir daripada anggota dan pegawai mempunyai masalah kesihatan, dan juga menunggu tempoh layak menerima vaksin penggalak ini,” katanya dalam sidang media di kompleks perumahan polis Tabuan Jaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU