SERIAN: Seramai 505 peserta telah menghadiri Seminar Meningkatkan Kemahiran (Upskilling) dan Pemasaran Durian anjuran Lembaga Pemasaran Pertnian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin hari ini.

Dalam pada itu, lebih 200 peserta yang hadir merupakan yang telah mendaftarkan diri mereka melalui dalam talian dari sekitar Sarawak melalui saluran yang disediakan oleh pihak FAMA.

Manakala selebihnya ialah penduduk yang hadir secara terus dari kawasan Tebedu, Serian, Bukit Semuja dan Kedup.
Jarak untuk sampai ke Kampung Pichin, Serian ini dari Kuching ialah kira-kira 76km.

Dalam seminar tersebut turut dijemput Konsultan Pertanian selaku Penasihat Durian, Lim Chin Khee dan Pengarah Top Fruit Dr Tan Sue Yee.

Dalam seminar tersebut peserta telah didedahkan dengan empat fokus tajuk iaitu Agronomi Penanaman Durian, Haja Tuju Industri Tanaman durian di Malaysia, Potensi Tanaman Durian di masa hadapan dan Ilmu tentang Cantuman dewasa dan anak pokok durian.

Seminar ini diadakan bertujuan memberi kesedaran dalam kalangan penduduk dan orang awam di Sarawak tentang kepentingan cara penanaman durian yang betul dan tepat mengenai penanaman durian ini.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Pendidikan Pemasaran dan Khidmat Perundingan Mohamad Harun, Pengarah Fama Negeri Sarawak Shahid Abu Bakar dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Sarawak Suudi Arof.
Majlis penangguhan seminat tersebut disempurnakan oleh Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

 

Suara Sarawak