ARTIKEL

51 ketua masyarakat, ketua kaum Dun Meradong terima surat lantikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Seramai 51 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong menerima surat lanjutan pelantikan perkhidmatan, hari ini.

Pada masa yang sama, seramai empat ketua masyarakat baharu Ulu Meradong, Sungai Buloh, Sungai Janting dan Sungai Nasau juga turut mendapat sijil lantikan masing-masing.

Majlis penyerahan sijil lantikan disempurnakan Pemangku Pegawai Daerah Meradong Thomas Geoffrey Kendawang, sambil disaksikan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Sementara itu, Kuong Hiin dalam ucapannyamengingatkan pemimpin masyarakat supaya sentiasa proaktif dan lebih efektif dalam menguruskan kawasan pentadiran masing –masing.

“Sikap positif membantu melicinkan usaha pembangunan kerajaan di samping memastikan peruntukan dapat disalurkan dengan cepat untuk manfaat rakyat,” katanya dalam majlis ringkas yang
Berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong, hari ini.

Pada masa yang sama ujarnya, pemimpin masyarakat mesti mempunyai maklumat lengkap tentang perancangan dan dasar kerajaan supaya dapat memberi penjelasan tepat kepada penduduk di bawah pentadbiran masing-masing.

“Sebagai individu penting di peringkat akar umbi, saya berharap mereka menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas dan penuh dedikasi.

Baca lain  Wujud laluan tikus seludup dadah

“Ini amat penting bagi membolehkan perancangan pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan lebih lancar dan seterusnya memberi manfaat kepada komuniti setempat,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU