ARTIKEL

513 kes baharu, empat kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan 513 kes baharu Covid-19 dengan 226 atau 44.05 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching dan Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 46,675.

Katanya, daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (117), Miri (109), Sibu (47), Bintulu (44), Sri Aman (33), Subis (23), Kapit (21), Mukah (19), Selangau (15), Sarikei (15), Tatau (11), Kanowit (9), Samarahan (9), Serian (8), Simunjan (4), Belaga (4), Julau (3), Beluru (3), Lubok Antu (3), Asajaya (3), Meradong (3), Bau (2), Betong (2), Kabong (1), Lawas (1), Saratok (1), Lundu (1), Song (1) dan Pakan (1).

“Daripada 513 kes baharu yang dilaporkan, seramai 33 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 406 adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan Sarawak turut merekodkan empat kes kematian hari ini. “Susulan penambahan tersebut, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 284 orang,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya