ARTIKEL

52 petani terima bantuan pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 52 petani daripada DUN Batu Kitang mendapat manfaat bantuan pertanian melalui projek Dana Kemudahan Pertanian (AFF) Fasa 1.

ADUN Batu Kitang, Ir. Lo Khere Chiang berkata, projek tersebut bermatlamat membantu petani meningkatkan hasil tanaman dan pendapatan mereka.

“Antara cabaran yang dihadapi oleh petani dalam proses penanaman kini ialah kenaikan kos input, perubahan iklim, dan perosak serta penyakit tanaman.

“Oleh itu, saya berharap bantuan tersebut dapat mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti tanaman dan meningkatkan mata pencarian mereka,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam majlis ringkas penyerahan bantuan AFF Fasa 1 di sini, semalam. Antara bantuan yang diperoleh ialah, benih, baja dan racun perosak.

Di samping meningkatkan produktiviti bidang pertanian, bantuan tersebut juga membuka peluang kepada petani dan peniaga kecil-kecilan di Batu Kitang dalam bidang perniagaan pertanian.

“Maka, bantuan tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada petani, tetapi juga peniaga kecil Batu Kitang,” tambanya lagi. Ianya sekali gus menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi tempatan dan taraf hidup masyarakat setempat.

LAIN-LAIN BERITA

Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik

Prestasi ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada masa depan, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pasaran buruh yang stabil, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

MPP perkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memperkenalkan inisiatif ‘Fast Lane’ yang bertujuan menarik lebih banyak pembangunan perindustrian dan komersial ke kawasan di bawah bidang kuasanya. Menurut

BERITA TERBARU

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu