Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

53 ekor burung spesies liar dirampas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PELBAGAI... Spesies burung hidupan liar termasuk jenis Murai Batu Parrot, Parakit, dan Parrot berjaya ditangkap
KUCHING: Pasukan khas Gerakan Am Briged Sarawak dan Skuadron Perisai 11 berjaya menemui 53 ekor burung pelbagai spesies tanpa dokumen sah pemilikan di sebuah rumah berhampiran Jalan Bau, Batu Kawa, Selalang, di sini, hari ini.
 
Komander Briged Sarawak, SAC Mancha Ata berkata, tangkapan sempena Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu berhasil atas serbuan yang dilakukan pasukan berkenaan sekitar jam 10.30 pagi.
 
Menurutnya, kesemua burung terbabit ditemui di perkarangan rumah pasangan suami isteri berusia 54 dan 49 tahun yang mengaku sebagai pemilik hidupan liar berkenaan.
 
“Pemeriksaan awal menemui enam ekor burung Murai Batu Parrot, 3 ekor jenis Barbit, 10 jenis Parrot, 34 jenis Parakit, 27 unit sangkar kosong, dan seunit perangkap burung.
 
“Seorang lelaki yang mengaku sebagai pemilik bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen dan permit sah pemilikan burung terbabit,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Tambahnya, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM7,000.
 
Susulan itu, katanya, pasangan terbabit dan kesemua hidupan liar itu seterusnya diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corperation (SFC) Cawangan Kuching untuk tindakan siasatan lanjut.
 
Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 29, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1998.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru