ARTIKEL

530 kes positif baharu dan tiga kematian Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak melaporkan 530 kes baharu Covid-19 dan tiga kematian melibatkan warga emas, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 397 atau 74.91 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Sibu, Miri, Bintulu, Kuching dan Julau.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Sibu (142), Miri (72), Bintulu (70), Kuching (68), Julau (45), Sri Aman (14), Tanjung Manis (13), Kanowit (13), Selangau (12), Kapit (9), Betong (9), Pusa (7), Bukit Mabong (6), Sarikei (6), Mukah (6), Song (4), Meradong (4), Subis (4) Kabong (4), Daro (4), Belaga (3), Tatau (3), Pakan (2), Serian (2), Sebauh (2), Asajaya (1), Samarahan (1), Limbang (1), Beluru (1), Saratok (1) dan Lubok Antu (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 42,813 kes,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, daripada 530 kes baharu yang dilaporkan, seramai 90 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 411 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” jelasnya.

Mengulas mengenai kes kematian hari ini, JPBN mendedahkan terdapat tiga kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 255 orang.

“Kes kematian ke-253 adalah kes ke-38,060 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 82 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Kapit kerana mengalami sesak nafas.

“Kes mulai mengalami kesukaran bernafas dan cepat lelah dalam melaksanakan aktiviti harian sejak seminggu yang lalu.

“Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mei 2021. Kes mempunyai ko-morbiditi penyakit paru obstruktif kronik dan darah tinggi,” katanya.

Manakala bagi kes kematian ke-254, ia adalah kes ke-31,831 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 67 tahun yang telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan swasta.

Jelasnya, kes telah dihantar ke Hospital Miri dan keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mei lalu. Kes tidak mempunyai ko-morbiditi.

“Kes kematian ke-255 adalah kes ke-38,574 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 67 tahun telah menerima rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan.

“Kes disahkan meninggal dunia pada 23 Mei lalu dan mempunyai ko-morbiditi penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung,” katanya.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU