Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

530 orang penduduk Kampung Long Bemang terjejas banjir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Keadaan banjir di Kampung Long Bemang, Baram.

MARUDI: Seramai 530 orang penduduk dari 103 keluarga di Kampung Long Bemang, Baram di sini terjejas susulan kenaikan semula paras air sejak semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Ahmad Nizam Sapaie berkata, sehingga jam 7.12 pagi semalam, paras air telah naik setinggi 1.8 kaki.

Keadaan banjir di Kampung Long Bemang, Baram.

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Pasukan Bomba Sukarela Kampung Long Bemang pula, katanya kampung berkenaan mula dinaiki air sekitar jam 6 pagi.

“Banjir yang melanda kampung tersebut dilaporkan telah surut hingga ke paras 0.4 kaki pada petang 13 November lalu dan keadaan ini membolehkan  penduduk melakukan kerja-kerja pembersihan kediaman masing-masing.

Keadaan banjir di Kampung Long Bemang, Baram.

“Bagaimanapun, hujan lebat yang turun di beberapa kawasan di bahagian hulu sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan ia dilanda banjir semula sejak awal pagi semalam.

Justeru katanya, penduduk dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga berikutan paras air banjir masih menunjukkan trend menaik meskipun keadaan cuaca dilaporkan cerah di kawasan tersebut pagi ini.

Tambah beliau lagi, tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan setakat ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru