ARTIKEL

545 bangunan bersejarah dipulihkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Sebanyak 545 bangunan bersejarah di Istanbul, Turkiye dipulihkan untuk tahan gempa bumi berikutan gempa bumi Izmit pada 1999.

Direktorat Am Yayasan bergabung dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan memulihkan 300 bangunan bersejarah dan Perbandaran Metropolitan Istanbul memulihkan 245 bangunan.

Selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan Turkiye pada 6 Februari lalu, kemusnahan yang berlaku di 11 wilayah di Turkiye menarik perhatian Istanbul dan rintangan gempa bangunan bersejarah di wilayah itu menjadi perhatian, lapor Agensi Anadolu.

Di bawah Direktorat Am Yayasan, bangunan seperti masjid, air pancuran, muzium, perpustakaan dan makam terus dipulihkan mengikut panduan pengurusan risiko gempa bumi bagi struktur sejarah.

Hampir 1.3 bilion lira Turkiye (AS$67 juta) dibelanjakan untuk pemulihan dan pengukuhan bangunan.

Sementara itu, Perbandaran Metropolitan Istanbul menjalankan penyelenggaraan dan pembaikan tempat bersejarah di Istanbul dengan pasukan pakar menggunakan pembalut polimer bertetulang gentian (FRP) untuk beberapa dinding struktur bersejarah seperti Yedikule Gasworks bagi mengukuhkannya.

Penegang keluli juga digunakan untuk menjadikan struktur seperti Basilica Cistern tahan gempa bumi.

Kerja-kerja pemulihan diteruskan pada 33 bangunan bersejarah, termasuk Istana Rumeli Hisarı. – Bernama

BERITA LAIN

Gempa bumi kuat di Chile berukuran 7.3 magnitud

MOSCOW: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik. Menurut data dari Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean

Israel sekat bekalan minyak

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.

Terima peletakan jawatan Attal

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal, namun memintanya untuk terus mengetuai kerajaan sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu, menurut

BERITA TERBARU