ARTIKEL

548 rumah di kawasan DUN Bukit Semuja masih belum nikmati bekalan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 548 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik setakat 26 April lepas.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh ADUN Bukit Semuja John Ilus sambil menggesa agar agensi berkaitan mengambil berat berhubung isu yang membelenggu rakyat di kawasannya.

“Bagi Projek Lampu Jalan (PLJ) pula, setakat tarikh yang sama sejumlah 152 unit masih diperlukan untuk 10 bahagian kampung di Bukit Semuja. Malah perkara ini telah dikemukakan kepada kementerian berkaitan agar tindakan lanjut dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perbahasan Menyokong Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Pada masa sama, John turut meminta agar bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tebakang dibaik pulih atas faktor keselamatan kepada pelajar dan kakitangan sekolah.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU