ARTIKEL

Ahsmon menunjukkan senarai 55 individu dikehendaki polis.

55 individu dikehendaki polis, termasuk bekas anggota polis lakukan serangan seksual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang bekas anggota polis adalah antara 55 individu dikehendaki, termasuk seorang warga asing, atas pelbagai kesalahan jenayah, narkotik serta komersial.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah, berkata, bekas anggota polis berpangkat koperal tersebut masih diburu apabila menghilangkan diri selepas menghadapi empat pertuduhan kes serangan seksual di sini, 15 tahun lalu.

Beliau berkata, Juwanda Ranu Suut menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan tiga lagi mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Selepas itu suspek telah melarikan diri dan usaha memburu suspek digerakkan sehingga ke sempadan-sempadan keluar masuk pintu negara dan hingga kini, kita masih aktif mencari suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, petang tadi.

Tambah Ashmon, berikutan hilang tanpa dikesan, anggota terbabit diberhentikan daripada perkhidmatan polis pada Ogos 2013.

Sementara itu, katanya, dua individu dalam senarai itu dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang dilaporkan di Balai Polis Batu Kawa.

Katanya lagi, suspek dipercayai melarikan diri sejurus selepas pembunuhan atau apabila jenayah itu dilaporkan.

“Hanya seorang warga asing, Beardsley Dorthy Elizabeth, seorang wanita dari United Kingdom, yang dikehendaki kerana menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa, turut berada dalam senarai,” katanya.

Pada masa sama, kata Ashmon, seramai 20 individu dikehendaki yang terlibat dalam pelbagai kes penipuan
masih aktif hingga kini selain 20 individu lain yang dikehendaki membabitkan kesalahan-kesalahan jenayah berkaitan dadah.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada pihak polis di balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat tentang individu-individu yang dikehendaki tersebut.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya