55 projek RTP di DUN Daro tahun ini

DARO: Kerajaan Sarawak melaksanakan 55 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi DUN N.43 Daro pada tahun 2020.

Projek tersebut ialah naik taraf jalan , bina baru jeti dan pontoon, naik taraf surau, tokong Cina, gereja, pembinaan benteng dan sistem perparitan.

ADUN N.43 Daro, Safiee Ahmad berkata, perlaksanaan projek melibatkan beberapa buah kampung dan rumah panjang yang ada di kawasan DUN.43 Daro.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) mengakibatkan sebahagian projek RTP 2020 terjejas dan mengalami kelewatan.

“Namun, saya lega apabila projek-projek ini diteruskan semula dan sebahagiannya sedang rancak dilaksanakan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan Projek RTP bagi DUN N.43 Daro dan Parlimen 207 Igan bagi tahun 2020 di sini, semalam.

Mesyuarat bertujuan menyelaraskan perlaksanaan projek antara agensi dan Wakil Rakyat ADUN N. 43 Daro dan Ahli Parlimen P. 207 Igan.

Pelbagai agenda dibincangkan antaranya, kos projek, reka bentuk, lokasi dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, ADUN dan Ahli Parlimen dilihat sangat bekerjasama dalam pelaksanaan projek untuk kemudahan rakyat.

Malah kedua-duanya amat menitik beratkan kualiti termasuk spesifikasi dan skop – skop kerja bagi memastikan projek berjalan sempurna selain memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Saya amat berharap semua pihak terus memberikan kerjasama agar pelaksanaannya berjalan lancar,” ujarnya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Pegawai Daerah Daro, Bujang Rahman Seli, Jurutera JKR Daro, Awang Dasuki Awang Dol, Penguasa Tanah dan Survei Mukah, Supt Monaliza Ismail dan wakil Pegawai Daerah Matu, Zaraina.