ARTIKEL

55,000 anjing perlu divaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dianggarkan 60,000 anjing di negeri ini perlu diberi vaksin bagi mengekang penularan wabak rabies, kata Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, angka pemberian vaksin kepada anjing setakat ini hanya 4,700 ekor.

Menurutnya lagi, Sarawak perlu memberi vaksin kepada 55,000 ekor lagi anjing bagi memastikan penularan wabak tersebut dapat dikurangkan.

“Dalam pada itu, 73.8 peratus anjing yang terdapat di kawasan sempadan berjaya divaksin oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

“Usaha ini berjaya dilaksanakan terima kasih kepada mereka (UKPS) kerana tanpa mereka, Kerajaan Sarawak tidak boleh melakukan vaksinasi di sepanjang sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Forum Awam Kesedaran Rabies: Gigitan Anjing Membunuh di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak memainkan peranan untuk mencegah penularan wabak rabies selaras dengan hasrat Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk bebas daripada wabak tersebut menjelang 2030. 

Katanya, masyarakat perlu bekerjasama untuk memastikan sasaran memberi vaksin kepada 60,000 anjing dapat dicapai.

“Bagi kawasan sempadan, kita berjaya mengawalnya dengan baik tetapi tidak di dalam negeri.

Malah, hanya 4,700 anjing berjaya divaksin selepas COVID-19. “Menjadi tanggungjawab kita untuk menangani masalah ini tidak kira di luar bandar atau bandar.

Setiap daripada kita mempunyai peranan untuk menjayakan usaha tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, orang ramai tidak lagi perlu panik berhubung wabak rabies sekiranya usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak.

Pada 2017, sebanyak 42,000 anjing berjaya divaksin, diikuti 66,000 anjing divaksin pada 2018.

Manakala, kadar pemberian vaksin menurun kepada 50,000 ekor (2019) dan terus jatuh kepada 14,000 ekor (2021), 12,000 ekor (2022) dan terkini 4,700 ekor (2023).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu