Trending

5,522 pegawai dan anggota polis bertugas pada PRN Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seramai 5,522 pegawai dan anggota polis siap siaga untuj bertugas pada hari penamaan calon dan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, dalam tempoh penamaan calon dan berkempen, Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak juga telah mewujudkan sebanyak 47 pasukan Op Cantas di setiap daerah di Sarawak.

“Pasukan PDRM yang lain turut berada dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi hari penamaan calon dan tempoh berkempen ini adalah pasukan ketenteraan awam iaitu Light Strike Force (LFS), Public Order And Riot Unit (PORU), Pasukan Pemantauan Udara serta bantuan empat unit dron dari Pasukan Gerakan Udara PDRM Kontinjen Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Polis Kontinjen Sarawak akan menggunakan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Akta 342- Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Komunikasi Multimedia 1988, Kanun Keseksaan, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akta berkaitan pilihan raya sepanjang tempoh penamaan calon dan berkempen.

Jelasnya, ia bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin sepanjang tempoh tersebut.

Dalam pada itu, beliau menasihati calon dan parti yang bertanding supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang sedang dikuatkuasakan.

“Ia bagi memastikan proses penamaan calon dan proses pilihan raya dalam tempoh berkempen berjalan dengan lancar dan selamat tanpa insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Selain itu, tegas beliau, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam di negeri ini dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap perkara tersebut.

Aidi berkata, masyarakat juga diminta untuk menyalurkan maklumat tentang sebarang pelanggaran undang-undang dan SOP oleh mana-mana pihak ke bilik gerakan khas Kontinjen Sarawak iaitu melalui Talian Hotline: 082-240800.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru