ARTIKEL

Keadaan rumah panjang Kampung Long Bemang yang dilanda banjir setinggi 1.7 kaki pada pagi tadi

558 penduduk di Kampung Long Bemang terjejas banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Hujan lebat yang berterusan sejak Ahad lalu telah menyebabkan 558 penduduk dari 103 pintu rumah panjang di Kampung Long Bemang, Baram terjejas akibat banjir di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan daripada Ketua Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Long Bemang, Kalvin Luhat sekitar jam 7.40 pagi.

“PBS Long Bemang melakukan rondaan serta pemantauan pada pagi ini, dan air berada pada paras 1.7 kaki dan trend air masih bertahan.

“Sebanyak 103 pintu rumah panjang yang terdiri daripada 558 penghuni terjejas akibat banjir yang berlaku apabila air Sungai Baram melimpah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, keadaan cuaca setakat ini di lokasi tersebut adalah dalam keadaan mendung dan dikhuatiri hujan akan berlaku lagi.

Bagaimanapun katanya, tiada penduduk yang dipindahkan buat masa sekarang kerana rumah kediaman adalah jenis dua tingkat.

Keadaan rumah panjang Kampung Long Bemang yang dilanda banjir setinggi 1.7 kaki pada pagi tadi

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU