ARTIKEL

559 pegawai, anggota polis kawal keselamatan sepanjang Forum Perniagaan Muslim Global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak menempatkan seramai 559 pegawai dan anggota untuk memastikan keselamatan dan kelancaran Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF). 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, forum tersebut bermula 28 November hingga 30 November ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Tambahnya, forum tersebut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, wakil Presiden Indonesia Profesor Dr Ma’ruf Amin dan isteri, Wury Ma’ruf Amin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Haji Bujang, Menteri-Menteri dan duta dari dalam dan luar negara. 

“Bagi memastikan keselamatan forum ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan ketenteraman awam, Polis Kontinjen Sarawak telah mengatur gerak kerja petugas di lapangan.

“Ia melibatkan kesemua elemen PDRM dengan menumpukan aspek penugasan merangkumi, kawalan keselamatan ke atas VVIP dan orang ramai, kawalan lalu lintas dan pelan tindakan ke atas perkara-perkara diluar jangkaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, 70 pegawai kdan 489 anggota polis telah dipertanggungjawabkan dan bersiap siaga untuk menjalankan tugas sepanjang program ini berlansung.

Beliau turut menasihati masyarakat agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan program ini berlansung dengan lancar dan selamat. 

Ini merupakan kali kedua Sarawak menganjurkan GBMF yang dijangka dihadiri peserta daripada 48 buah negara dari benua Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Asia, Afrika dan Ocenia melibatkan 718 orang peserta, moderator dan penceramah.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU