ARTIKEL

56 hari sebar maklumat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Semangat dan komitmen peserta Konvoi Kembara Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka menjadikan mereka mampu sampai ke destinasi yang dituju.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, sebagai tuan rumah di Mukah, beliau bangga menerima kedatangan peserta konvoi.

“Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menjayakan konvoi kembara ini dan menyumbangkan masa, komitmen dan tenaga masingmasing untuk sampai ke sini.

“Ini merupakan sejarah dalam negeri kita kerana dapat melaksanakan konvoi secara besar-besaran sempena sambutan 60 tahun Sarawak merdeka.

“Konvoi yang memakan masa selama 56 hari dari Lawas ke Kuching ini menunjukkan kita mampu menyebar luas maklumat dan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan Sarawak selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Makan Malam Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Mukah sempena Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka, di Hotel Kingwood, di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau juga memberi semangat kepada peserta konvoi untuk memanfaatkan peluang kerana ia pengalaman berharga selain dapat meneroka budaya masyarakat di Sarawak.

Baca lain  37 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM80,000 dirampas di Muara Tabuan

Ujarnya, dengan kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak mampu mencapai kemajuan menjelang 2030 malah akan menjadi negara termaju di Malaysia.

“Kita berharap dengan komitmen agensi kerajaan dan wakil rakyat, kita dapat mencapai matlamat ini dalam beberapa tahun lagi.

“Tanpa sokongan rakyat dan peringkat akar umbi, sudah tentu lambat untuk kita mencapai kemajuan.

“Tetapi, apabila kita melihat beberapa tahun ini, kerajaan kita semakin kukuh terutamanya dalam mencari pendapatan negeri untuk membangunkan Sarawak dengan sumber tenaga serta ekonomi baru,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut memuji usaha media yang memainkan peranan untuk mempromosi dan mengemas kini aktiviti sepanjang konvoi kembara berlangsung.

Ahli Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datuk Hii Chang Kee turut hadir.

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan