56 lagi pakej SAWAS akan dilaksanakan di Sarawak mulai tahun depan

LIMBANG: Kerajaan Sarawak menganjurkan banyak program untuk merapatkan silaturahim serta menyatupadukan masyarakat, jelas Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

“Program sedemikian dapat menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum, agama dan latar belakang. “Pastikan perpaduan, kesatuan dan silaturahim antara masyarakat Sarawak terus terjaga demi keharmonian semua,” katanya ketika merasmikan Solidarity Walk Peringkat Daerah Limbang di Gelanggang Petaque Dewan Suarah, semalam.

Menurut Hasbi, masyarakat Sarawak sudah lama hidup dalam keadaan harmoni, bersatu padu serta bersama-sama membangunkan negeri ini.

Namun ujarnya, perubahan masa menyebabkan terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memecahbelahkan perpaduan ini dengan menghasut masyarakat agar berpecah belah.

“Perkara yang tidak bertanggungjawab ini dilakukan disebabkan perasaan dengki terhadap perpaduan dan kemajuan yang kita kecapi.

“Saya percaya, dengan adanya keutuhan perpaduan dalam kalangan kita, apa-apa sahaja anasir jahat tidak akan berjaya memecahbelahkan kita. Sayangilah negeri kita,” tegasnya.

Wakil Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan kanak-Kanak Atiqah Dolhan turut hadir. – Bernama