ARTIKEL

59 trak bantuan masuk ke Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAMALLAH: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan sebanyak 59 trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.

“Kru kami menerima pada malam ini sebanyak 59 trak sarat dengan bantuan melalui lintasan sempadan Rafah,” kata Agensi Anadolu (AA) memetik pertubuhan kemanusiaan itu dalam satu kenyataan.

Trak itu membawa makanan, air, bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan, menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 217 trak membawa bekalan bantuan tidak termasuk bahan api tiba di Semenanjung Gaza sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Oktober, tambahnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebelum konflik terbaharu, purata 500 trak memasuki wilayah itu pada setiap hari. Bagaimanapun, semua itu terhenti selepas pertempuran bermula pada 7 Oktober mengakibatkan wilayah Palestin berkenaan mengalami kekurangan teruk makanan, air dan ubat-ubatan.

Menurut unjuran PBB, sekurangkurangnya 100 trak bantuan diperlukan setiap hari untuk membekalkan keperluan kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, angka kematian penduduk Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 8,525 orang kata Kementerian Kesihatan di Gaza pada Selasa.

“Mangsa termasuk 3,542 kanak-kanak dan 2,187 wanita manakala 21,543 orang lagi cedera,” kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra dalam sidang media di Gaza City. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Jumlah korban di Gaza melepasi 30,000

Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza

BERITA TERBARU