595 kes positif dan tiga kes kematian baharu hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan 595 kes positif dan tiga kes kematian baharu akibat Covid-19, hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia sekali gus menjadikan kes positif di negeri ini meningkat kepada 27,914 kes dan 156 kes kematian.

“Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Bukit Mabong (199), Sibu (84), Bintulu (80), Kuching (39), Meradong (25), Miri (24), Kapit (23), Lundu (20), Kanowit (19), Mukah (19), Serian (16), Samarahan (15), Sarikei (10), Selangau (6), Bau (6), Julau (2), Betong (2), Lubok Antu (2) dan satu kes masing-masing di Subis, Sri Aman, Kabong dan Lawas.

“Daripada 595 kes baharu yang dilaporkan, 46 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 508 orang yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tiga kes kematian hari ini, JPBN memberitahu, kes kematian ke-154 adalah kes positif ke-19,297 yang melibatkan seorang perempuan rakyat Sarawak berumur 75 tahun.

“Kes telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk, cirit birit dan kelesuan badan. Saringan ujian rt-PCR telah di buat dan dikesan positif Covid-19 pada pertengahan April lalu.

“Bagaimanapun, kondisi mangsa didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 21 April dan kes ini mempunyai ko- morbiditi penyakit darah tinggi dan penyakit kencing manis,” jelasnya.

Menurut JPBN, kes kematian ke-155 adalah kes positif ke-21,007 yang melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 86 tahun dan telah dimasukkan ke pusat kuarantin kerana mempunyai kontak dengan kes positif.

“Pesakit mula mengalami gejala kurang selera makan dan kelesuan badan di mana telah dirujuk ke Hospital Bintulu. Saringan ujian rt-PCR telah di buat dan dikesan positif COVID-19 pada 13 April lalu.

“Keadaan kes didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 23 April lalu dan mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis dan strok,” ujarnya.

Bagi kes kematian ke-156 pula, JPBN mendedahkan kes melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 65 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala batuk dan kesukaran bernafas serta memerlukan bantuan pernafasan.

“Saringan ujian rt-PCR telah di buat dan dikesan positif Covid-19 pada 19 April lalu. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 April lalu.

“Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit paru-paru kronik (COPD),” tambah JPBN lagi.

Suara Sarawak