ARTIKEL

Fahmi ketika menghadiri Program Sembang Santai Fahmi Fadzil Bersama Komuniti MADANI di King Laksa Metro. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

5G Advanced digunakan untuk penstriman langsung SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Liputan ‘5G Advanced’ akan digunakan untuk membuat siaran langsung Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan Ogos ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menurutnya, ‘5G Advanced’, yang juga dikenali sebagai 5.5G, merupakan projek rintis dan hanya digunakan di bandar raya Kuching sebagai Pelaksanaan Bukti Konsep (POC).

Tambahnya, penggunaan teknologi tersebut juga bertujuan untuk memastikan penstriman langsung dapat dibuat secara lebih baik menerusi liputan berkenaan.

“Perbezaan antara 5G Advance dan 5G ialah kita boleh mencapai maksimum 1 Gbps dengan 1000 Mbps menerusi 5G. Tetapi, capaian sehingga 8 Gbps boleh dicapai menggunakan 5G Advance.

“Jadi, itu lapan kali ganda lebih pantas (dan) kelajuan ini diperlukan terutamanya dalam bidang penyiaran. Jika kita ingin menyelitkan elemen langsung tertentu dalam siaran, maka teknologi ini dilihat bersesuaian dan menarik,” katanya.

Sementara itu, Fahmi menekankan semula bahawa teknologi ini hanya digunakan di Kuching oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“5G Advanced merupakan satu teknologi baharu yang belum digunakan secara meluas. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima permohonan daripada beberapa syarikat telco yang berhasrat bekerjasama dengan RTM untuk membuat penstriman atau penyiaran Sukma menggunakan 5G Advance atau 5.5G,” katanya.

Jelas Fahmi, terdapat beberapa perkara yang perlu diusahakan kerana beberapa aspek teknikal masih memerlukan kajian lanjut.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di