ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik.com

6 cedera, 47 rumah musnah akibat gempa bumi skala 7.1 di wilayah Xinjiang, China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sekurang-kurangnya enam orang cedera selepas rumah mereka runtuh dalam kejadian gempa bumi pada skala 7.1 di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang di barat laut China pada awal Selasa, lapor Agensi Anadolu memetik media milik kerajaan.


Pusat gempa dikesan pada kedalaman 22 kilometer di kawasan sempadan pergunungan daerah Wushi.
Setakat ini, enam orang cedera parah manakala empat lagi cedera ringan, kesemuanya dari sebuah kampung di Wilayah Autonomi Kizilsu Kirgiz Xinjiang, lapor Global Times.


Banyak rumah di wilayah itu rosak, termasuk 47 rumah yang runtuh.Wilayah itu setakat ini merekodkan 14 gegaran susulan pada skala 3 atau lebih tinggi, dengan yang paling kuat mencatatkan kadar 5.3, menurut Xinhua.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU