ARTIKEL

Enam PATI yang ditahan sebelum diusir balik selepas memasuki negara ini secara haram untuk bekerja.

6 PATI masuk negeri guna jalan tikus untuk bekerja, diusir balik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hasrat enam warga Indonesia untuk bekerja di negeri ini tidak kesampaian apabila mereka diusir balik kerana masuk ke sini secara haram melalui jalan tikus.

Mereka ditahan oleh sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang sedang melaksanakan penugasan rondaan di Sektor Pos GABMA Biawak berdekatan lorong tikus berkenaan, iaitu pada jarak lebih kurang 118 meter dari sempadan Indonesia, pada jam 4.10 petang semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen menerusi satu kenyataan memberitahu, semasa sedang menjalankan rondaan, anggota ronda tentera terbabit telah terserempak dengan lima lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 39 tahun yang sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia.

“Anggota ronda tentera telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap enam orang PATI terbabit, dan hasil soal siasat mendapati kesemua mereka dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu menambah, pemeriksaan ke atas mereka tidak menjumpai sebarang barang terlarang serta berbahaya, sebaliknya hanya wang tunai, telefon bimbit, dompet dan beg pakaian dengan nilai keseluruhan barangan yang diperiksa dianggarkan lebih RM10,000.

Katanya, kesemua PATI itu telah dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran, dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya