ARTIKEL

6 penunggang motosikal aksi ‘Superman’ ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEREMBAN: Enam lelaki termasuk tiga pelajar ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi ‘Superman’ di kawasan sekitar Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka berumur antara 17 hingga 28 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 yang bermula pada 9 malam hingga 4 pagi Isnin.

“Perbuatan yang dilakukan sekumpulan remaja tersebut boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Ekoran itu, kita turut merampas keenam-enam motosikal mereka dan dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta