ARTIKEL

60 KIR pindah ke Darul Hana tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 318 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kampung Semarang dan Kampung Panglima Seman Lama mendapat manfaat menerusi pelaksanaan projek Pembangunan Darul Hana Fasa Pertama.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, seramai 258 KIR berpindah ke Darul Hana setakat 31 Oktober lalu dan baki 60 KIR dijangka berpindah suku pertama tahun hadapan.

“Bagi pelaksanaan Fasa Kedua, ia melibatkan  253 KIR dari Kampung Pulo Ulu sekali gus kumpulan ini akan berpindah ke Darul Hana pada suku kedua 2024,” katanya.

Timbalan Premier itu juga berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada mesyuarat kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini

Tambahnya, di bawah Pembangunan Darul Hana Fasa Pertama kerajaan turut mengambil kira keperluan Ketua Keluarga Tambahan (KKT) dengan menyediakan rumah kediaman di Sungai Bedaun yang boleh menempatkan seramai 209 KKT dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama dan Kampung Pulo Ulu.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU