ARTIKEL

Sofi (kanan) menyampaikan sijil kepada seorang veteran bersara yang tamat latihan.

60 peratus daripada 8,851 veteran bersara tahun lepas kini ada kerjaya kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 60 peratus daripada 6,851 veteran tentera yang tamat Latihan Peralihan pada tahun lepas kini mempunyai kerjaya kedua selepas bersara, tahun lalu.

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Mohd Lepi, berkata Latihan Peralihan menerusi Program ‘Recognition of Prior Experiential Learning’ (R-PEL) itu juga dijalankan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

“Berdasarkan pengesanan kerjaya kedua PERHEBAT, sebanyak 17 peratus telah bekerja dengan majikan, diikuti 23 peratus yang menjadi usahawan tunas atau bekerja sendiri, 20 peratus menjadi usahawan manakala 40 peratus sedang mencari pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Latihan Peralihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di sini, hari ini.

Sementara itu, kata Mohd Sofi, status kerjaya kedua golongan veteran yang tamat Latihan Peralihan akan dipantau bermula hari ini.

Hasil pemantauan ini amat penting agar data mereka dapat dianalisis oleh Kementerian Pertahanan dalam usaha untuk memperkemaskan dasar dan kaedah padanan kerjaya veteran setelah tamat perkhidmatan, ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, perangkaan bagi jumlah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memohon untuk mengikuti Latihan Peralihan PERHEBAT telah melonjak dengan ketara.

“Hingga 8 Mei lalu, sebanyak 93.1 peratus bersamaan 5,478 anggota telah memilih PERHEBAT berbanding lima kategori Latihan Peralihan yang lain.

“Malah transformasi dan penambahbaikan kurikulum latihan turut menjadi faktor tarikan kepada pegawai-pegawai kanan ATM berpangkat Leftenan Jeneral, Mejar Jeneral, Brigedier Jeneral, Leftenan Kolonel dan Mejar, yang telah memilih untuk mengikuti Latihan Peralihan di PERHEBAT sebagai persediaan bagi persaraan mereka,” jelasnya.

Pada masa sama, ujar Mohd Sofi, selari dengan transformasi semasa PERHEBAT, anggota ATM yang akan bersara kini boleh mengikuti latihan di negeri di mana mereka berkhidmat tanpa perlu ke Kompleks PERHEBAT di Sungai Buloh, Selangor.
 
Malah katanya, PERHEBAT mewujudkan 17 Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran (PLBV) di seluruh negara sejak 2021 bagi menepati kehendak dan kecenderungan anggota yang memilih untuk mengikuti latihan berkenaan.
 
“Hingga kini, anggota boleh mengikuti program latihan di PLBV di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah,” katanya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan