ARTIKEL

Abang Johari ketika melawat projek ladang solar terapung HEP Batang Ai. - Foto Mohd Alif Noni

60 peratus permukaan HEP Batang Ai digunakan untuk solar terapung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATANG AI: Projek ladang solar terapung di Empangan Hidroelektrik (HEP) Batang Ai akan diperluas dengan menggunakan 60 peratus daripada 8,500 hektar keluasan permukaan empangan tersebut.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia bagi menambah kapasiti pengeluaran kepada 2,000 Megawatt (MW) atau 2 Gigawatt tenaga melalui solar.

Menurutnya ketika ini, fasa pertama projek itu hanya menggunakan 86 hektar iaitu kira-kira 2 peratus daripada keluasan HEP Batang Ai, dengan kapasiti 50MW.

“Ini bermakna sudah ada ruang untuk kita melabur di HEP Batang Ai dan menambah kapasiti pengeluaran tenaga sehingga 2,000MW.

“Jadi ini sudah tentu membolehkan Sarawak mempunyai tenaga hijau lebih kurang 2,000MW daripada projek solar HEP Batang Ai sahaja,” katanya pada sidang media selepas melawat ke Projek Ladang Solar Terapung Batang Ai di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Sarawak Energy Berhad (SEB) akan membuat kajian tentang cadangan tersebut.

Projek ladang solar terapung HEP Batang Ai mencapai tahap 35 peratus siap. – Foto Mohd Alif Noni

“Jadi dengan itu, HEP Batang Ai akan mempunyai pembangunan dari sudut tenaga yang menyeluruh iaitu hidro dan solar,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata projek ladang solar terapung Batang Ai oleh SEB sedang berjalan lancar dengan mencapai 35 peratus siap dan dijangka siap pada Oktober tahun ini.

“Pengeluaran tenaga daripada solar terapung ini ialah 50MW dan sekarang HEP Batang Ai menjana sebanyak 108MW melalui hidro, bermakna kalau ini siap HEP Batang Ai akan mengeluarkan 158MW tenaga melalui hidro dan solar.

“Ini akan menjadi empangan pertama di Malaysia yang mengeluarkan tenaga melalui hidro dan juga solar,” katanya.

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU