ARTIKEL

600 kes baharu, empat kematian Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan 600 kes baharu Covid-19 dengan empat kematian melibatkan warga emas, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sejumlah 321 atau 53.50 peratus daripada jumlah kes baharu itu telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu dan Bintulu.

Menurutnya, daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Kuching (113), Sibu (107), Bintulu (101), Miri (72), Sri Aman (39), Kapit (26), Tatau (26), Pakan (19), Samarahan (15), Sebauh (12), Subis (11), Betong (11), Serian (9), Meradong (9), Bau (8), Bukit Mabong (4), Asajaya (4), Mukah (4), Julau (2), Pusa (2), Lawas (2), Daro (1), Kanowit (1), Sarikei (1) dan Marudi (1).

Kata JPBN lagi, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 51,171.

“Daripada 600 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 478 orang kes adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” ujarnya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan susulan empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 tersebut ia. menjadikan jumlah kematian telah meningkat kepada 322 orang.

“Kesemua kes melibatkan warga emas berusia 61 hingga 71 tahun dan mempunyai ko-morbiditi penyakit darah tinggi dan lain-lain,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan