ARTIKEL

600 kes baharu positif Covid, satu kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 600 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini, dengan satu kematian.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daerah-daerah yang merekodkan kes ialah Bintulu (110), Sibu (98), Kuching (83), Meradong (54), Kapit (41).

Selain itu Tatau (38), Mukah (31), Sarikei (25), Miri (24), Song (20), Kanowit (13), Serian (10), Betong (10), Beluru (7), Selangau (6), Subis (6), Kabong (6), Marudi (5), Samarahan (5), Saratok (4), Pakan (3) dan Julau (1).

Katanya ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 25,129 kes.

“Daripada 600 kes baharu yang dilaporkan, seramai 73 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 544 adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 bagi Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) lama di sini, hari ini.

Mengenai kes kematian, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur
74 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala demam beberapa hari yang lepas.

“Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, dislipidemia, anemia dan penyakit buah pinggang tahap akhir dan disahkan meninggal dunia pada 19 April 2021,” katanya.

Katanya ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada seramai 141 orang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU