ARTIKEL

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi. - Foto: Ghazali Bujang

600 menara SMART MOCN tingkatkan ketersambungan di kawasan luar bandar Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemeteraian perjanjian 600 menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) Multi Operator Core Network (MOCN) akan meningkatkan ketersambungan dan pengalaman pengguna keseluruhan di kawasan luar bandar di Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, berkata untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi bagi Kerajaan Negeri dan rakyat, penyedia perkhidmatan memainkan peranan penting dalam perkara itu.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan program intervensi untuk melengkapkan program Penyedia Perkhidmatan Sejagat (USP) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan liputan mudah alih buat masyarakat luar bandar.

“Terdapat 512 daripada 600 menara SMART kini siap secara fizikal di seluruh negeri. Daripada jumlah itu, 308 sudah ke udara. Daripada jumlah ini, 245 menggunakan teknologi MOCN.

“Dengan kemajuan setakat ini, kami berharap dapat mempercepatkan usaha bagi membolehkan agenda di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak dilaksanakan.

“Setelah berkata demikian, saya berterima kasih kepada semua orang yang telah mengambil inisiatif untuk membantu Sarawak maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian SMART600 MOCN bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, di Hikmah Exchange di sini semalam.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut adalah antara Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.

Bagi menjayakan usaha menyediakan perkhidmatan mudah alih ke semua menara SMART di Sarawak, Kerajaan Persekutuan mengumumkan pembiayaan melalui SKMM untuk memastikan perbelanjaan operasi (OPEX) bagi SMART 600 MOCN dikongsikan antara SDEC, MNO dengan SKMM.

Fahmi berkata, Kerajaan Persekutuan dan MNO telah memperuntukkan jumlah tidak lebih daripada RM207 juta, yang terdiri daripada RM116.4 juta daripada Kerajaan Persekutuan melalui SKMM dan Kementerian Kewangan, dan RM87.3 juta daripada MNO bagi perbelanjaan operasi perkhidmatan MOCN untuk tempoh tiga tahun.

“Dengan perjanjian ini, kita dapat mempercepatkan kemajuan supaya semua menara di negeri ini dapat ke udara.

“Berikutan perjanjian di sini hari ini, kami juga akan melaksanakan program serupa di seluruh negara.

“Untuk seluruh negara, kita akan mulakan dengan lima menara dahulu kerana ada isu komersial yang perlu kita teliti.

“Selepas itu, kita menjangkakan dalam masa setahun, kita akan mengembangkannya kepada 102 menara dan lebih,” katanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. – Foto: Ghazali Bujang

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke