SIBU: Penolong Pegawai Kesihatan (Bahagian Persekitaran) Bahagian Sibu Mohd Nor Akmal mengesahkan seramai 668 individu telah menghadiri ujian calitan COVID-19 yang diadakan di Pasar Tamu Sibu Jaya, hari ini.
Ujian calitan besar-besaran itu diadakan dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang tadi.
“Kami menutup pusat ujian calitan pada jam 2 petang setelah tiada lagi orang ramai kelihatan datang,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Terdahulu, sumber dalaman turut menjangkakan kira-kira 2,000 sampel akan diperolehi berdasarkan kehadiran orang ramai.
Ujian calitan COVID-19 di Sibu Jaya itu hanya dijalankan sehari sahaja atas arahan pihak KKM.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my