ARTIKEL

Rampasan minyak diesel di sebuah kawasan berhampiran Kuala Segan oleh anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Bintulu pada Sabtu lalu.

6,000 liter minyak diesel bersubsidi dirampas di Kuala Segan Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Bintulu  berjaya membongkar aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi di sebuah kawasan berdekatan Kuala Segan, semalam.

Ketua Cawangan Pejabat KPDN Bintulu Al Redzamani  Abdul Razak dalam kenyataannya berkata, pembongkaran ini berjaya merampas 6,000 liter minyak (diesel bersubsidi).

Katanya, rampasan dibuat selepas sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Cawangan Bintulu  yang menjalankan rondaan mengesan sebuah ‘skid tank’  mencurigakan memiliki atau menyimpan minyak diesel berkapasiti 10,000 liter di kawasan tersebut. 

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik tapak gagal mengemukakan sebarang dokumen seperti permit menyimpan diesel daripada KPDN, lesen dan surat kebenaran yang sah semasa kejadian. 

“Pihak KPDN Bintulu kemudiannya menyita ‘skid tank’  beserta minyak diesel anggaran 6,000 liter dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM28,900,” ujarnya.

Menurutnya, satu kertas siasatan akan dibuka dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Jika sabit kesalahan individu atau syarikat terbabit boleh didakwa di Mahkamah atau dipenjara atau kedua-duanya sekali,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Skuad termahal buru juara

JIKA bercakap mengenai bola sepak, sudah pasti kebanyakan peminat menggemari kelab yang beraksi di Liga Perdana Inggeris. Ini kerana kebanyakan kelab seperti Arsenal, Manchester United,

Kim Soo Hyun sertai jelajah Asia

KIM SOO HYUN sekali lagi membuktikan dirinya ialah bintang popular dunia dan realiti menerusi drama Queen of Tears dengan memulakan lawatan bertemu peminat bermula di

Derma darah bergerak

Faktor yang paling penting, ia membantu memberikan manfaat kesihatan kepada penderma.  Derma darah dapat membantu menjaga kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta kanser. 

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun