Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

615 kes baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 28,529 kes hari ini setelah mencatatkan 615 kes baharu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata Daerah Bintulu mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 106 ke diikuti Daerah Sibu (90), Pakan (67), Kuching (55), Miri (52), Mukah (38), Kanowit (31), Lundu (25), Selangau (23), Saratok (19), Sarikei
(16), Kapit (14).

Kata JPBN, Daerah Belaga melaporkan sembilan kes diikuti Daerah Meradong (9), Julau (8), Sri Aman (8), Sebauh (8), Bau (7), Song (4), Dalat (4), Tatau (4), Tanjung Manis(3), Bukit Mabong (3), Daro (2), Subis (2), Matu (2), Marudi (2), Serian (2), Samarahan (1) dan Beluru (1).

“Daripada 615 kes baharu yang dilaporkan, seramai 78 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 523 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin,” jelas JPBN dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa itu berkata, 428 kes yang dilaporkan merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif Covid-19 (26 kes bergejala).

Manakala katanya, 91 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (satu kes bergejala).

Tambah JPBN, 51 kes yang dilaporkan merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, Manakala, 41 kes lagi merupakan saringan-saringan lain di fasiliti kesihatan (kes tidak bergejala).

“Empat kes melibatkan individu balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B),” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan