62 kawasan di 11 Bahagian di Sarawak diisytiharkan kawasan wabak Rabies

KUCHING: Sebanyak 62 kawasan di 11 Bahagian di seluruh Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak Rabies kecuali Bahagian Limbang, setakat 2 Mei tahun ini.

Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn bagaimanapun berkata, pemvaksinan secara besar-besaran dikalangan anjing dan mewartakan kawasan Kawasan yang dijangkiti tetap diteruskan.

Justeru katanya, pelbagai strategi jangka pendek, sederahana dan panjang diambil oleh Kerajaan Sarawak bagi mengelak kematian daripada rabies dari terus meningkat.

Menurutnya, pengawalan dan pembasmian rabies secara integrasi dan rawatan serta suntikan selepas digigit akan dapat menghidar jangkitan virus rabies,” tegasnya semasa menjawab soalan daripada Datuk Amar Jamilah Anu (Tanjung Datu-PBB) di Dun Sarawak, semalam.

Setelah wabak Rabies diisytiharkan sebagai Bencana Tahap II pada 25 Januari 2019, katanya, operasi bersepadu telah dirangka berdasarkan Arahan MKN No. 20 yang melibatkan semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Datuk Roland Sagah Wee Inn

Beliau menambah, Kerajaan Sarawak turut mengambil strategi lain iaitu meningkatkan kesedaran awam melalui pelbagai saluran seperti media sosial, media cetak serta hebahan radio dan tv; surveilan aktif dan pasif dibuat serta memerta di seluruh Sarawak untuk mengesan perebakan penyakit rabies.

Selain, menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Pelesenan dan Kawalan Anjing) 2018 serta, menubuhkan ‘Dog Bite Clinic’ di hospital setiap Bahagian.

Strategi jangka masa sederhana diambil adalah, meneruskan vaksinasi sehingga 70 peratus dari 220,000 ekor anjing di seluruh Sarawak dan mengekalkannya selama sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut; melakukan surveilan secara berterusan dan berkala.

Kerajaan Sarawak juga mewujudkan ‘dog pound’ di Kuching, Sibu dan Miri; dan menerapkan amalan ‘responsible pet ownership’ dan mengalakkan pemanduan haiwan.

Bagi strategi jangka masa panjang yang diambil oleh Kerajaan Sarawak adalah melesenkan anjing peliharaan serta memasang mikrocip, menubuhkan ‘dog pound’ di bandar-bandar besar; strategi kedua menubuhkan makmal Kesihatan Awam yang mempunyai Biosekuriri Tahap 3 serta ‘Dog bite clinic’ di seluruh Daerah.

Strategik ketiga, mewujudkan ‘immune belt’ di sempadan Sarawak dan Kalimantan di mana logistik dan tenaga kerja akan ditingkatkan secara berperingkat.

Strategi jangka panjang keempat mewujudkan aplikasi ‘End Rabies Sarawak’ sebagai platform bersepadu untuk kegunaan orang awam, jabatan, hospital dan klinik veterinar; dan mengiktiharkan Sarawak bebas rabies menjelang 2025.

Sagah juga menambah, pada 1 hingga 4 Mac 2019 satu Operasi Bersepadu Rabies Sarawak telah berjaya dilaksanakan di Daerah Lundu.

“Sebanyak 2,559 ekor anjing telah disuntik iaitu 91.6 peratus dari anggaran 2,794 ekor anjing di Lundu manakala 673 ekor anjing liar telah di ‘targeted removed’,” ujarnya.

Dalam pada itu, antara tindakan kawalan penyakit rabies di kalangan anjing di sempadan adalah membentuk ‘immune belt’ di mana anjing di sempadan perlu disuntik vaksin anti-rabies setiap tahun dan mengekalkan tahap immuniti sekurang-kurangnya 70 peratus.

Tindakan seterusnya, mengharamkan pengimportan serta pergerakan anjing dari negara jiran serta menjalin kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Indonesia di sempadan untuk meningkatkan rondaan di sempadan masing-masing.

“Kawalan pergerakkan anjing antara kedua belah negara adalah penting terutamanya di kawasan Telok Melano dan Biawak,” tegasnya.