ARTIKEL

Seramai 64 PATI warga Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Semuja dihantar pulang ke negara asal

64 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Seramai 64 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan di Depot Imigresen Semuja dihantar pulang ke negara asal semalam menerusi Program Pemindahan ke Negara.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak berkata, tahanan yang terdiri daripada 43 lelaki dan 21 wanita itu dipindahkan melalui pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu dengan kerjasama Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Entikong dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching.

“Kesemua tahanan itu telah selesai menjalani tempoh tahanan dan hukuman dan telah dipindahkan menggunakan bas dan sebuah lori ke ICQS Tebedu.

“Kesemua tahanan telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, program ini merupakan sebahagian daripada operasi pemindahan berterusan yang disasarkan oleh JIM Sarawak bermula pada awal tahun ini.

Tahanan yang terdiri daripada 43 lelaki dan 21 wanita itu dipindahkan melalui pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu dengan kerjasama Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Entikong dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kuching.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.