Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

64 projek bekalan air Sarawak kategori ‘sakit’

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sebanyak 64 daripada 123 projek di bawah Program Alternatif Bekalan Air Sarawak (SAWAS) diklasifikasikan sebagai ‘projek sakit’.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi memberitahu, projek di bawah ‘Projek Rakyat’ dengan peruntukan RM4 bilion itu merupakan sebahagian daripada 306 projek secara keseluruhan yang dilaksanakan.

“183 projek telah siap sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan, 123 lagi projek sedang berjalan dengan 59 daripadanya menunjukkan progres pembinaan dengan baik.

“Bagaimanapun, fokus harus diberikan kepada 64 projek yang tertangguh pembinaan sebelum ini. Kita perlu mempunyai usaha secara kolaboratif untuk memastikan perkhidmatan sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Tambahnya, kebanyakan projek tersebut dijangka siap pada tahun ini.

Untuk rekod, Julaihi memberitahu liputan bekalan air di Sarawak telah mencapai 83.4 peratus pada penghujung 2021.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru