ARTIKEL

640 kes baharu, dua kematian Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan 640 kes baharu Covid-19 hari ini dengan dua kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 346 atau 54.06 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Miri, Sibu dan Bukit Mabong.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (110), Miri (101), Sibu (75), Bukit Mabong (60), Selangau (44), Samarahan (30), Tatau (29), Serian (25), Asajaya (25), Mukah (24), Bintulu (23), Sri Aman (21), Kapit (21), Sebauh (9), Song (5), Pakan (5), Simunjan (4), Daro (4), Lundu (3), Subis (3), Lubok Antu (3), Marudi (3), Beluru (2), Sarikei (2), Lawas (2), Pusa (2), Limbang (1), Tanjung Manis (1), Tebedu (1), Kanowit (1) dan Meradong (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 43,966,” kata JPBN dalam satu kenyataan.

Tambah JPBN, daripada 640 kes baharu yang dilaporkan, seramai 80 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Hari ini terdapat dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 dilaporkan yang meningkat kepada seramai 263 orang.

“Kes kematian ke-262 adalah kes ke-37,166 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 65 tahun yang telah dirujuk ke unit kecemasan Hospital Bintulu bagi menjalani pemeriksaan badan.

“Kes didapati mulai mengalami gejala kesukaran bernafas semasa menjalani rawatan dialisis,” katanya.

Menurutnya, ujian calitan pada 13 Mei 2021 dengan rT-PCR disahkan positif COVID-19. “Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mei 2021.

“Kes mempunyai penyakit kencing manis, penyakit jantung dan hati serta penyakit buah pinggang tahap akhir,” ujarnya.

Katanya lagi, kematian ke-263 adalah kes ke-43,664 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 71 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya