Trending

67 individu ingkar PKP di Sarawak berjaya ditangkap polis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jumlah tangkapan individu hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) meningkat kepada seramai 67 direkodkan di Sarawak dalam tempoh 24 dari 8 pagi semalam sehingga 8 pagi, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail memberitahu kesemua individu terbabit masih ditangkap atas kesalahan sama iaitu gagal memberikan alasan sah untuk berada di jalan raya atau tempat awam.

Menurutnya, 65 individu yang ditahan merupakan lelaki manakala dua daripadanya adalah wanita.

“Sibu merekodkan tangkapan tertinggi sebanyak 14 orang diikuti Miri dan Kota Samarahan(12), Kuching(11), Bintulu(7), Lawas(4), Saratok(3), Betong(2), Serian dan Marudi(1),” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua individu ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020.

Susulan itu, katanya, mereka yang ditangkap seterusnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru