67 keluarga dari Kampung Binyu Lama dan Binyu Baru terima bantuan

KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang memandang serius kebajikan masyarakat dalam kawasannya termasuk di Kampung Binyu Baru dan Kampung Binyu Lama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes positif Covid-19.

Menurut hantaran di laman Facebook Pusat Khidmat Rakyat P197 Kota Samarahan, pihaknya telah menghantar bantuan segera berupa bekalan makanan kepada 67 keluarga di Kampung Binyu pada 3 April lalu.

Menurut Rubiah, beliau sentiasa mengikuti perkembangan terkini penduduk di Kampung Binyu serta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, Kluster Kampung Binyu diisytihar sebagai kluster baharu setelah melibatkan 68 individu yang disahkan positif Covid-19 setelah tiga kes indeks dilaporkan positif pada 30 Mac lalu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Apr 2021

Suara Sarawak