ARTIKEL

671 individu ditahan dalam Ops Bersepadu IPD Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 671 individu telah ditangkap melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dalam operasi bersepadu pencegahan jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bagi tempoh Januari hingga Jun, tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, operasi terbabit dijalankan bagi membanteras serta mencegah kejadian jenayah.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 148 atau 22.05 peratus individu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan positif saringan air kencing.

“Manakala 445 individu yang ditahan telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, statistik jenayah indeks untuk enam bulan pertama 2023 meningkat sebanyak satu kes berbanding 401 kes dalam tempoh sama pada tqhun 2022.

“Manakala jenayah bukan indeks bagi tempoh sama adalah sebanyak 403 kes iaitu meningkat sebanyak 122 kes atau 43.4 peratus,” tambahnya.

Ahsmon berkata, sebanyak 63.43 peratus kes yang disiasat berjaya diselesaikan manakala selebihnya masih dalam tindakan.

“Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) berjaya menahan seramai 1,239 individu terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 864 atau 69.73 peratus individu mempunyai rekod jenayah lampau dan sebanyak 841 kes atau 72.30 peratus telah dituduh,” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) telah membuka sejumlah 336 kertas siasatan dan berjaya menyelesaikan sebanyak 112 atau 33.33 peratus kes dengan 85 tangkapan.

Manakala Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) pula katanya, sebanyak 34 pertuduhan telah dibuat ke atas individu bagi pelbagai jenis kesalahan trafik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU