Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

676 kes baharu, 34 kematian sejak 7 Oktober lalu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jangkitan Covid-19 di Sarawak hari ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 676 kes dan 34 kematian dilaporkan sejak 7 Oktober lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 662 kes adalah dalam kategori 1 dan 2, manakala 14 kes tergolong dalam kategori 3,4 dan 5.

“Daerah Kuching mencatatkan sebanyak 170 kes, diikuti Miri (154), Sibu (83), Bintulu (41), Serian (27), Sarikei (24), Betong (24), Lawas (15), Mukah (14), Samarahan (13), Tanjun Manis (13), Lundu (10), Pusa (10), Bau (9), Dalat (7) dan Sri Aman (6).

“Seterusnya, Kapit, Marudi dan Subis masing-masing lima kes, Simunjan (4), Meradong (4), Kanowit (4), Beluru (4), Asajaya (3), Lubok Antu (3), Telang Usan (3), Limbang (2), Saratok (2), Julau (2), Tebedu (2), Sebauh (2), Kabong (2), Belaga (1), Song (1), Selangau (1), dan Matu (1),” jelasnya dalam satu kenyataan.

Tambah JPBN, kes kematian melibatkan sepuluh di Daerah Betong, tujuh di Sibu, empat di Kuching dan Miri, tiga di Bintulu, dua di Sri Aman manakala satu masing-masing di Samarahan, Limbang dan Sarikei.

Dua kluster baharu di Kuching diumumkan melibatkan kluster komuniti di Jalan Demak Indah dan kluster tempat kerja di Jalan Perimeter Airport.

Di samping itu, dua kluster iaitu Kluster Kampung Sikog, Kuching dan Kluster Chama Ajai, Beluru ditamatkan.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News