ARTIKEL

698 kes positif baharu Covid-19, empat kes kematian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 698 kes baharu harian Covid-19 dicatatkan di Sarawak dan 57.45 peratus daripada jumlah berkenaan dikesan di Daerah Sibu, Miri dan Kuching.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menyatakan bahawa daerah-daerah yang merekodkan kes ialah Sibu (159), Miri (125), Kuching (117), Bintulu (43), Lubok Antu (39), Bukit Mabong (35), Kapit (33), Samarahan (29), Sri Aman (27), Betong (16), Sarikei (16), Kanowit (11), Song (9), Subis (7), Selangau (6), Mukah (4), Meradong (4), Julau (3), Tatau (3), Daro (2), Saratok (2),
Belaga (2), Sebauh (2), Beluru (2), Pakan (1) dan Dalat (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 45,436.

“Manakala, terdapat empat kes kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 276 orang,” katanya.

Empat kematian tersebut melibatkan tiga orang wanita dan seorang lelaki warga emas berusia 57 sehingga 89 tahun.

Sementara itu, terdapat satu kluster baharu dikesan iaitu kluster Tengah Hulu Gedong, Simunjan yang disebabkan pergerakan sosial berziarah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Manakala, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytihar satu kluster tamat iaitu kluster Sungai Gemuan, Meradong setelah tiada kes baru dikesan dalam tempoh 28 hari.

Selain itu, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 85 kluster. Sepuluh merekodkan 39 penambahan kes baru dan 75 kluster tidak merekodkan sebarang penambahan kes.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya