ARTIKEL

Foto BERNAMA

7 individu termasuk wanita ditahan terlibat ‘Ah Long’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’ menerusi beberapa serbuan di sekitar daerah ini bermula 28 Mac hingga Ahad.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kesemua mereka berusia antara 29 hingga 46 tahun itu dipercayai menerima upah daripada sindiket untuk membuat ugutan jenayah terhadap mangsa yang gagal membuat bayaran pinjaman.

“Mereka dipercayai bergiat aktif sejak Januari lalu dengan mendapat upah RM600 untuk menyimbah cat dan RM1,000 untuk melakukan khianat dengan menggunakan molotov cocktail ke rumah mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati ketujuh-tujuh warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine.
Kumar berkata hasil siasatan mendapati sindiket pinjaman wang terbabit menyasarkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura dan urusan transaksi kemasukan serta pembayaran balik pinjaman menggunakan akaun bank yang didaftarkan di luar negara.

Beliau berkata modus operandi sindiket tersebut adalah dengan membuat iklan tawaran pinjaman wang dalam Facebook dengan kapsyen ‘Singapore legal money lenders’ untuk memperdaya peminjam.

Menurutnya wang akan dimasukkan ke dalam akaun setelah peminjam memberikan butiran seperti nombor akaun, permit kerja serta alamat tempat tinggal walaupun perjanjian pinjaman belum dipersetujui.

“Sindiket akan memaksa peminjam membuat pembayaran dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi antara 20 hingga 50 peratus daripada jumlah pinjaman yang diberikan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435, Seksyen 436, Seksyen 247 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.– BERNAMA

BERITA LAIN

Rangka manusia ditemui dalam semak kebun durian

BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Rangka manusia ditemui dalam semak kebun durian

BATU PAHAT: Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

Untuk orang muda

RINDOK (bahagia) hati orang muda. Apa tidaknya, apaapa perancangan banyak melibatkan generasi ini. Dapat diperhatikan, banyak kemudahan disediakan kepada golongan ini. Ia sangat-sangat sesuai dengan

Hasrat Tariq jemput Jokowi ke majlis perkahwinan

PERSONALITI media sosial, Tariq Halilintar dan Aaliyah Massaid membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dirancang pada tahun ini.  Bagaimanapun, Tariq berharap agar Presiden Jokowi